Tuesday, November 18, 2008

Semalam anak2 aku marahkan aku !!!
Hari Sabtu Shasha marah aku...mmmmmm
Hari Jumaat aku marah ngan hq yang asik nak 100 % pindaan ikut format dorang...org baru eksen cam dorang yang terer kerja...nyampahh


Minggu sebelumnya aku marah kerana katerer yg dilantik oleh Pengarah untuk majlis seminar tu sengal sangat!! Jamuan VIP dorang buat hampeh...cam tak reti nak buat kerja..




Aku nak muhassabah diri....rasa letih bila marah dan di marah ...
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
Dunia hari ini diwarnai dengan pergaduhan dan peperangan. Sama ada peperangan antara bangsa, negara, agama, etnik, suku kaum, bahkan berlaku juga peperangan antara anak-beranak dan kaum keluarga.
Kenapa semua ini berlaku? Jawapannya tidak lain, kerana manusia hari ini terlalu mengikut perasaan marah yang bermaharajalela dalam diri mereka. Perasaan marah yang sememangnya dibekalkan oleh Allah dalam diri setiap manusia, sekiranya tidak dikawal bahkan dibiarkan menguasai diri, akan membawa kepada kebinasaan sama ada kepada individu yang sedang marah itu, atau kepada orang lain atau benda-benda lain yang ada di sekelilingnya.
Dari perspektif Islam, kita harus menerima bahawa marah adalah sifat semula jadi atau fitrah setiap manusia. Sewaktu Allah mencipta Nabi Adam a.s, para malaikat mengetahui bahawa dengan sifat marah yang dibekalkan itu, manusia akan berbuat kerosakan di muka bumi. Perkara ini termaktub di dalam al-Quran, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu? Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
Sudah pastilah setiap kejadian Allah itu mempunyai hikmah di sebaliknya. Di samping membekalkan sifat marah, Allah turut membekalkan beberapa mekanisme perlindungan supaya manusia dapat menahan diri atau melindungi diri daripada sifat marah yang membawa kepada kebinasaan.
Sifat marah membezakan manusia dengan binatang. Apabila seekor singa atau serigala menjadi marah, ia akan bertindak tanpa berfikir. Sebaliknya, manusia dibekalkan akal fikiran, maka manusia boleh memilih sama ada bertindak menggunakan akal fikiran atau bertindak membuta tuli sama seperti seekor binatang.
Kemarahan yang tidak dikawal, memberi impak yang cukup besar dalam kehidupan harian seseorang itu. Ia memisahkan ibu dan anak, merenggangkan persahabatan, menjauhkan keadilan, membawa kepada kemurungan dan kekecewaan, membawa kepada kegilaan dan akhirnya membawa kepada penyesalan yang tidak terhingga.
Sekiranya kemarahan menguasai kelompok atau jumlah individu yang ramai, maka kemusnahan yang akan terjadi jauh lebih besar skalanya. Ia menyebabkan peperangan sehingga memusnahkan sebuah bandar, bahkan sebuah negara, bangsa dan sebuah tamadun.

Mengekang Kemarahan
Keinginan semula jadi yang dipenuhi, akan dapat mengelakkan rasa marah. Misalnya keinginan kepada makanan, minuman, tempat tinggal, kasih sayang, seks dan banyak lagi.
Dalam tubuh manusia, terdapat beberapa jenis hormon yang mempengaruhi mood atau perasaan seseorang itu. Kajian saintifik menunjukkan keadaan hypoglycemia dan hyperthyroidisme boleh membuatkan seseorang itu berasa marah. Bagi mengelakkan keadaan ini, maka seseorang itu hendaklah memastikan kadar hormon di dalam tubuhnya sentiasa seimbang dengan cara menjaga kesihatan tubuh badannya.
Nabi s.a.w. tidak pernah menunjukkan kemarahan baginda terhadap golongan kafir Quraisy yang sentiasa bertindak di luar batasan terhadap kaum Muslimin. Bahkan, baginda sentiasa bercakap dengan lemah lembut dan penuh hikmah. Bagaimanakah cara baginda mengawal kemarahan?
Suatu ketika seorang sahabat meminta nasihat daripada baginda, lalu kata Nabi, “Janganlah kamu marah.” Sahabat yang lain pula bertanya, “Apakah yang dapat menyelamatkan daku daripada kemurkaan Allah?” Maka jawab Nabi: “Jangan tunjukkan kemarahan kamu.” Sahabat lain pula meminta satu amalan kebaikan yang mudah untuk dilakukan, maka kata Nabi, “Janganlah marah.”
Suatu ketika, baginda bertanya kepada para sahabat. “Siapakah orang yang paling kuat di kalangan kamu?” Maka para sahabat memberi berbagai-bagai jawapan. Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Bukanlah orang yang kuat itu dengan banyaknya berperang, hanya sanya yang kuat itu orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”
Sebagai manusia biasa, Nabi juga berasa marah. Namun baginda tidak pernah menunjukkan kemarahan itu dengan lidah atau perbuatannya. Apabila baginda marah, para sahabat mengetahuinya dengan melihat wajah baginda berubah menjadi merah dan peluh menitis di dahinya. Baginda juga akan senyap untuk beberapa bagi mengawal rasa marahnya.

Kemarahan yang Wajar
Seseorang yang tidak mempunyai rasa marah terhadap penindasan, penderaan, ketidakadilan dan salah laku yang berlaku di hadapannya, hakikatnya adalah seorang yang tidak memiliki perasaan. Dengan membiarkan perkara-perkara negatif itu berlaku, maka kejahatan akan berleluasa di muka bumi. Sewajarnya, pada ketika inilah seseorang itu patut marah dengan cara menghentikan kejahatan itu dengan kaedah yang telah digariskan oleh Allah dan ditunjukkan oleh Rasul-Nya.
Bersikap tidak endah terhadap kejahatan dan ketidakadilan, samalah hakikatnya seperti menyumbang ke arah itu.

Kesan Kepada Tubuh
Secara psikologi, apa yang berlaku kepada diri seseorang itu apabila dia marah? Kadar denyutan jantung dan tekanan darahnya akan meningkat. Ini adalah kesan langsung akibat lebihan hormon adrenalin dalam sistem peredaran darah. Kekuatan fizikal juga akan meningkat manakala kewarasan dan daya berfikir menurun.
Organ-organ badan yang berada dalam kawalan, akan hilang kawalan. Lidah akan mengeluarkan kata-kata yang kesat dan mengguris hati, tangan akan memukul, kaki akan menendang apa saja yang berada di kelilingnya, bahkan dia mungkin akan mencederakan dirinya sendiri.
Apabila rasa marah yang berpanjangan menguasai diri, rasa marah ini perlu diluahkan atau dihilangkan. Sekiranya perasaan ini dipendam, lebihan hormon adrenalin akan menjadi toksin dalam tubuh dan menjejaskan kesihatan untuk jangka masa panjang. Dia bukan saja akan menjadi seorang yang murung, kecewa, malah fikiran yang bercelaru yang boleh membawa kepada kegilaan. Tekanan darah yang tinggi dan kadar denyutan jantung yang laju akan membawa kepada serangan jantung dan penyakit fizikal yang lain.

Ubat Marah
Individu yang normal pasti akan mengalami perasaan marah apabila berhadapan dengan situasi yang memungkin perkara itu berlaku, dan kemarahan itu tidak boleh dielakkan. Perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa marah adalah seperti berikut:
Sibukkan diri dengan mengingati Allah. Misalnya dengan berzikir dan berselawat. Firman Allah dalam sebuah hadis qudsi: “Wahai anak-anak Adam, apabila kamu marah, ingatlah kepada-Ku.”
Meminta nasihat daripada orang berpengalaman. Suatu kisah yang berlaku pada zaman Nabi, sepasang suami isteri yang sering bergaduh bertemu baginda untuk meminta nasihat. Lalu kata Nabi, “Apabila kamu berasa marah, maka hiruplah air dan biarkan air itu di dalam mulutmu sehingga kemarahanmu reda.”
Marah itu datangnya dari syaitan. Oleh itu, mintalah perlindungan dari Allah seperti membaca kalimah taawuz.
Jika berasa marah ketika sedang berdiri, maka hendaklah duduk, dan jika sedang duduk, maka hendaklah berbaring.
Fikirkan tentang kemurkaan Tuhan dan hukuman dari-Nya. Siapakah yang lebih besar kemarahannya, manusia atau Tuhan. Apa akan berlaku sekiranya Tuhan menunjukkan kemurkaan-Nya?
Maafkan orang yang menyebabkan kemarahan itu. Setiap orang melakukan kesilapan termasuk diri kita. Jika kita mengharapkan keampunan Tuhan, maka wajarlah kita bersedia untuk memaafkan orang lain. Sifat saling maaf-memaafkan akan mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat.
Berwuduklah. Sebaik-baiknya lakukan solat sunat.

Ingatlah bahawa kehidupan ini hanya sementara saja. Setiap orang akan mati dan akan diadili di padang mahsyar kelak. Oleh yang demikian, perkara terbaik yang wajar dilakukan apabila ada orang yang menyebabkan kemarahan, ialah membalas kemarahan itu dengan kebaikan dan kasih sayang. Apabila perkara ini mampu dilakukan, barulah dunia akan menjadi tempat yang indah untuk didiami, aman dan sentosa.




Saturday, November 15, 2008

shasha mandi


Dah 2 minggu Shasha tak mandii....hmmmmm musyukkkkk !! Tak sedap nak dipeluk dan siomm siommm...ni petang Aj sound me mandikan Shasha...


Muka tak puashati...tadi masa tunjuk tali pink tu Shasha dah tau dia didera sekejap...lari sembunyi kat bilik kecik...hahaha tangkapppp dia..ikat kat sink...haaa tu pasal muka tak puashatiii

Siap masagge pun masih tak puashatii....

masih marahh marahhh

apa tengok2....marah tuuuuuu....

Tuesday, November 11, 2008

manik ..manikkkk



Ini projek weekend and hampir setiap malam sambil watching tv...
baju kaler pink tu my SIL punya...rega baju tu jerr dah rm300...bila dah tambah manik boleh jual rm 500-600 ...dah survey kat butik...huhuhu mahal gila babass....
yang kaler purple tu my ofismate kat hq kl punya...katanya baju tu dia nak bagi pada mum dia kat JB....so jahitkan manik yg agak sederhana jer paternnya...hopefully dia suka..
Ada 2 pasang baju my SIL lom siap...nnt i akan buat entry bila baju tu dah siap jahit manik

Saturday, November 8, 2008

Moga sukses anakku !!


Anak mem akan mulai exam SPM isnin ni.....hanya doa dan sokongan moral yang dapat dititipkan dari jauh...moga Allah memberkati usaha mu anakku Nurul Fatin Farhah...Aminnnn!!!

Thursday, October 30, 2008



bzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....:(((((

Monday, October 13, 2008

PMR 2008..


Anak Bara yg no 2 ni sedang exam PMR mulai today selama seminggu...hanya doa dan sokongan moral dari jauh yang dapat mummy titipkan...moga sukses mencapai target yang diimpikan..

Thursday, October 2, 2008

my famili

Me , Aj dan anak2...
My 3rd sis...Halimah
My bro..Usly
My bro..Mohd Yacub
My sis...Nora

Yang tak hadir pagi raya..my bro Halik..jam 1 ptg baru muncul coz awal pagi pekerja2 nya serbu rumah dia untuk beraya...pic dia sekeluarga ada kat camera lain..tak sempat nak download..
Me ada 2 org adik yg lom berkawin....takde join amik pic famili..masing2 ada tugasan kat dapur..

Wednesday, October 1, 2008

1 Syawal di Meruntum...


Salam...
Agak sibuk sejak balik ke KK ...sehingga petang tadi masih riuh rendah dengan tetamu yang datang beraya...plan asal malam ni nak pegi beraya di rumah pakcik di Putatan..tapi statusnya jadi 50-50...hmmmm...now dah jadik kensel pula...malas nak bergerak kemana- mana...
Sempena 1 Syawal ni Meeda n AJ serta seluruh famili di sini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri..maaf zahir dan batin..Insya Allah kami berdua akan beraya di JB mulai 8 0ktober 2008...

Thursday, September 18, 2008

persiapan raya...part 3

Yeyyyyyyyyyyy.....akhirnya bigboss bagi greenlight for me bagitau semua boss2 kat wilayah untuk stop antar semua deraf by-laws mulai niari hingga minggu pertama oktober ni..semalam me sukses clearkan semua semakan deraf by-laws untuk bigboss tandatangan perakuan dan antar KL untuk kelulusan...

Sejak mula bertugas kat sini...deraf by-laws yang tebal setengah inci tu melambak2 atas meja untuk di semak satu persatu...meleleh air mata me nak siapkan ikut jadual...kalau boleh masuk tray in pagi ..terus jerr proses then antar bilik bigboss tengahari untuk tandatangan..petang me proses lagi sehingga siap then antar kat despatch ...tu lom termasuk layan phone call , layan client nak tanya itu ini bout legal matters....discussion ngan bigboss...mmg memenattkann!!!


Niari hingga friday bigboss ada meeting di HQ KL...dan phone call segala pun senyap jerr sejak pagi ni...maybe dorang pun dah mood raya kottt....hehehehe ....lega.....fuhhhhhh...bolehlah me gi berfoya-foya di Kota Raya tengahari ni....


Hasrat hati nak beli sepasang baju kurung...hopefully ada yang sesuai ngan my bajett...huhhhuhu ..not my bajett...tapi AJ nyer bajett.. ;))))

Kalau mood ' rajin' menjelma ..boleh lah topup jahit manik sendiri ;)))

Monday, September 15, 2008

Persiapan Raya 2..

Salam kengkawann...
Minggu ni agak bizi lagi nih...nampaknya ada byk perkara yang perlu diselesaikan sebelum me mula bercuti minggu depann..


Shasha akan pasti merindui me selama lebih 2 minggu...sure dia mencari2 me kat 3 bilik tu nak ajak me bergurau dan minta mamam... ;D..

Malam minggu lalu me marathon kukus 4 kek lapis untuk diagih2kan pada famili di sini..3 antar kat Bak dan Ummi..dan 1 biji untuk Danial & Danish...

Mulanya ikut resepi from mesra net..tapi me tatahan rasa yang agak maniss... so me godeh lagi resepi ikut citarasa sendiri tanpa menghilangkan keasliannya.. ..so rasanya dah ok..AJ kata ok..resepi boleh diterimapakai...;D..

1. 250 gm mentega / planta
2. 150 gm gula castor
3. 1- 2 sudu makan susu pekat
4. 1 sudu makan kaya
5. 5 biji telur
6. 1/2 bungkus biskut marie - diblender
7. 3-4 sudu makan tepung naik sendiri
8. pewarna hijau dan kuning
9. sedikit esen vanila
10. 10 bungkus Hawflake ( kat JB ni harganya 10 sen satu )..aritu me borong 1 bungkus besar isinya ada 100 bungkus.

cara-cara
mentega dan gula di pukul hingga kembang..pastu masukkan telur sebiji satu persatu dan pukul hingga kembang, masukkan esen vanila dan pukul hingga kembang...
masukkan tepung biskut marie sedikit sedikit dan gaul hingga sebati..tambahkan dgn tepung naik sendiri hingga aduan ni agak kental. Bahagikan kepada 2 adunan dan pastikan adunan untuk kaler kuning lebih sedikit dari kaler hijau.

Sediakan loyang ukuran 8 " x 8 " panaskan dulu di kukusan dan jangan lupa letak sedikit mentega di loyang untuk memastikan kek tak melekat . Bila loyang dan panas..mulakan dengan lapisan kaler kuning dan kukus selama 5 minit dan lepas tu lapiskan dengan hawflakes dan lapis lagi dengan kaler hijau...buat sehingga adunan abis...biasanya dengan ukuran adunan ni akan dapat 6 lapisan.



Jika berniat nak gunakan loyang yang besar..just tambahkan sekali ganda jumlah sukatan kat atas...selamat mencuba!!..
Nota :
Mok ( Momok ) : Yangg...try lah resepi yang me dah cuba ni..Insya Allah tetap menjadi .. ;D
Tata semua..pasni kena siapkan kerja...culaaaaa..

Wednesday, September 10, 2008

persediaan raya...

Hii kengkawann...hmmm lamanya tak update blog ni..sibuk kat ofis..sibuk kat umah..alhamdulillah minggu ni me dah hampir updatekan kerja2 yang tertunggak.... ;)))) so bolehlah buat new entry...

Ni dah 10 hari Ramadhan..maknanya kira2 10 hari lagi me dah mula bercuti dan balik KK..flight Airasia pada 21/9 jam 720 pagi...

Ni tahun walaupun me merantau jauh ke negeri AJ namun persiapan raya untuk kediaman di KK tetap di buat...pic kat atas tu adalah suasana umah me masa raya tahun lalu..hall kaler jingga...tahun ni dah plan nak tukar kaler...tapi lom ada idea ni..hall keluasan 19' x 27' ni memerlukan bajet agak besar kalau nak tukar kaler...

Anak suggest kaler light purple...hmmmm...me pula nak combination kaler yg sweet..ni lom tanya AJ....tatau apa pula suggestion dia ;D

Langsir pun nak tukar baru...hmmmm...cuma lom decide nak beli yg jenis berbunga2 , plain or yg bersulam tu...( tgh kira bajet ni )

Kuih raya kat sini agak murah..so me decide nak beli aja yang dah siap...mudah dan tak penatt.. ;D

Baju me dah beli kat Angsana..beli ready made jerr..beli sepasang cukup..anak2 dara dah dibelikan masa me masih kat KL ...3 pasang sorang..bulan lalu dan bagi dorang duit belanja for raya...balik ni nak kena check apa dorang beli..

Untuk anak2 di sini..Danial, Danish dan Farid me dan AJ dah sopping ngan dorang 2 minggu lalu...lom complete lagi..this week maybe nak ajak dorang gi ronda2 soppin..

Persiapan kat umah sini pun dah buat sikit2...AJ dah cat semula hampir keseluruhan rumah tu..dia cat kaler off white ngan combination purple n green...hmmmm...penat sesgt mengemas umah yang sepah oleh AJ...

Nanti petang nak minta AJ snap a few pics untuk buat new entry kat blog dia..hp dia dah pulih selepas diservis dengan bayaran RM 140.00....

Pada kengkawan semua...selamat membuat persiapan raya....

Wednesday, August 27, 2008

Rest sekejapp...
















rinduuu nyerrr nak blogging cam dulu2...
Pengarah tak ada diofis untuk 3 hari...ada program di Kemboja...yeyeyehhh...bolehlahh hoyea2 nii..Tapi Timbalan pulak cutiiiiiiiiiiiiiiiiii...cehhhh!!!...nampak gaya takleh nak bersuka ria nihh...tadi dah ada pesanan khas untuk me ..jaga kedai dan jaga anak buah tu semua tau!!!! ...
:( :( :( :( :(
petang ni free skitt..lepas rindu jap nak buat entry..
20 hb sept ni Insya Allah akan mula bercuti balik KK...hmmmmm dah rindu sgt dengan anak2 dan rumah di sana...rindu juga nak jenguk gerai kegemaran untuk membelek benda2 niiiii.... ;))










Monday, August 11, 2008

masih bzzz...hmmmmmmm

salamm kengkawannn semua...

Nampaknya me bz amattss ni kat ofis dan kerja kat luar till 22 .8. ni...kesempatan untuk memblogging terhad sgt...maaf jika tak dapat membalas mesej kat blog dan kat shoutbox....
Jika kesibukan ni dah berkurang ..Insya Allah saya akan join semula kengkawan semuaaaa.....

Monday, August 4, 2008

pindah jb dah ni

Niari my 2nd day di ofis JB....aduiiii laaa...

Nampaknya aku kena buat ulangkaji beberapa kerja yang aku tak buat sejak hampir 9 bulan yang lalu...di Hq KL aku buat kerja yang agak baru di perkenalkan di ofis kami...aku agak beruntung kerana dah mahir buat kerja baru tu...tapi kat JB ni aku kena jadi head of section...so kena mahirkan semula tugas2 tertentu yang deal direct dengan Pengarah...

Esok aku masih kena buat tugasan yang diarah oleh Hq coz surat kuasa telah di keluarkan sebelum arahan transfer dibuat oleh HR Department...maknanya aku kena buat byk jenis kerjaaaaaa nihhhh....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Tuesday, July 29, 2008

aksi anak2

Ragam anak2 kami di majlis pernikahan - 26/7/08



Dalam pada me dan aj sesiap menunggu majlis akad nikah....anak2 kami punya aktiviti tersendiri bersama dengan auntie Nora n Uncle Zam dorang kat belakang umah..apa lagi kalau bukan pesta durian...






Yang kecik ni pula sibuk dengan tv kat dalam bilik...









Bila dah Tok kadhi datang ..anak gadis me dan sesiap dengan hp masing2 untuk merakamkan majlis akad nikah...
Petang kami balik ke Bayu Puteri...anak2 habiskan masa dengan berendamkan swimming pool pastu makan durian...esok harinya juga awal pagi dah berendam dan gasak lagi durian...
Tadi call dorang ...semuanya demamm...demam durian...

Thursday, July 17, 2008

Majlis Kesyukuran


Assalamualaikum w.b.k
Meeda dan AJ dengan segala hormatnya menjemput semua rakan-rakan untuk hadir menyerikan majlis kesyukuran sempena pernikahan kami pada 26 Julai 2008 , bertempat di Lot 6730, Jalan Permatang 5 , Kempas , Johor Baharu . Majlis bermula 12.00 tengahari hingga 2.00 petang.
Kehadiran rakan-rakan kami dahului dengan ucapan jutaan terimakasih.

Wednesday, July 9, 2008

Persiapann ...




hmmmm...cantiknyaa... kalau boleh nak buat benda tu jadi door gifts..

salamm kengkawannn...

Terlebih dulu KM nak minta maaf coz tak dapat nak lawat blog kengkawan seperti masa2 lalu...

KM bz ngan kerja kat site...sepanjang bulan lalu sibuk ngan report , exam dan tugas tugas khas kat Endau , Mersing , Batu Pahat , Rengit..Melaka...hmmmmm..letihh sesgt!!!...and now pula kat Megan Avenue Jalan Yap Kwan Seng...dah seminggu terperuk kat sini buat DDE...

Dalam sibuk dengan tugasan KM juga sesambil membuat persiapan untuk hari bahagia yang dijangka pada akhir Julai ni kat Kempas....

Setakatnya baju dah siap , door gifts pun dah tempah...urusan jemputan dah diserahkan pada famili AJ...dan KM ngan AJ dah pun siapkan semua dokumen yang diperlukan untuk majlis tu...tunggu nak submit jerr ni....hopefully leh submit this week or early next week...

Pada kengkawan semua..kami akan umumkan tarikh tu bila semua urusan di pejabat agama selesai...

Monday, June 2, 2008

zzzzzz....brurrrrrrr...




KL ujan...sejukk kat ofis ni...pastu niari aku teramatlahh freee...sedapp ni kalau dapat zzzzz

Weekend...



Hujung minggu lalu aku habiskan gi meronda Bukit Jalil , Sogo dan TAR....
Uwaaa hampir semua orang bersoppin sakan....
Aku cuma beli kasut tumit rendah kat Sogo....kat Bukit Jalil aku beli jajan.....kat TAR aku jamu mata tengok kain ela dan langsir...pastu masa dah sampai kat stesen LRT Taman Jaya aku sempat lagi menyibuk kat Amcorp Mall...tak beli apa2 pun...
Minggu depan adik aku sekeluarga datang...dah plan nak bawa dorang Jalan Jalan Makan Angin coz poket dah kempis...







Sunday, May 18, 2008

Nak soppin...

Hmmmm....cantekknyerrr >>>>>>>>>>>>>>



Haiiii...salamm semuaa.....

Lama tak update blog ni...me bzz yg amatsss...

last monday balik KL awal pagi dan tiba di Perhentian Pudu terus naik teksi ke opis..me tak larat nak mengangkat beg yang sarat dengan fail dan report...

Jam 2 sampai kat opis...terus kena ngadap bigboss untuk present my report...huhhhh..legaaa coz bos kata ..good job !!!...

Bos minta me sediakan final report sebelum 15 .5 coz next week ada new assignment yang sedang menungguu...aiyoooooo!!!...

15.5..report dan fail2 diserahkan pada bigboss ...happy nyerrr coz dapat siapkan kerja mengikut jadual walaupun tarikh akhir hantar report pada 31 .5....

Minggu depan ni nak clearkan kerja2 final kat JB sebelum memulakan new assignment pada 26.5...

Weekend ni nak merehatkan otak yang berserabut selama 2 bulan lalu menyiapkan assignment yang agak 'menyiksa'......nak belek2 majalah deco...hmmmm..jika ada rezeki nak beli sumthin yang di idamkan.....

Thursday, May 8, 2008

pergi untuk selamanya.....

hatiku sebak sepanjang ari ini...seawal pagi aku dapat phone call dari kakak angkat aku bertanyakan anak tiri nya yang juga anak buah my ex...anak yang pernah ku bela dari umur 7 tahun sehinggalah menginjak dewasa...walapun tak sepenuhnya dibawah pengawasanku tapi hampir setiap masa dia tinggal bersama ku...

Katanya suaminya ternampak kat news awal pagi kemalangan ngeri di Kuala Lumpur dan mangsa itu sama nama dengan anaknya...dia minta aku selidik berita itu...tak sampai 5 minit adik ku Nora call dari PJ katanya Balai Polis di KL call dia minta pengesahan mayat Zarul Zarin kemalangan dan meninggal ditempat kejadian...Ya Allah!!!...aku jadi panik sekejap..katanya jenazah arwah belum dituntut oleh ahli keluarga...

Bermacam2 terbayang difikiran...aku call balik kakak angkat dan minta dia berhubung gan adik yang sedang berurusan di HKL...

Mujurlah arwah ada menyimpan no phone adik ku yang bertugas di IPD PJ...
Memang itu selalu aku ingatkan dengan dia sewaktu dia tinggal bersama ku agar menyimpan no phone ahli keluarga yang terdekat...



Buat aku yang pernah menjaga arwah..aku cukup mengenali anak kurang upaya ini...walaupun pekak dan bisu tapi tak pernah bersifat rendah diri...walaupun kurang upaya tapi dia tak takut dan ragu memandu kereta...

Ajalnya ditemuinya di stereng kereta yang menjadi kegilaannya memandu kesana kemari...
mengikut berita TV3 jam 130 tengahari tadi...arwah melanggar pokok meyebabkan kereta yang dipandunya remuk dan aku sempat menyaksikan arwah terkulai layu dihimpit stereng dan berlumuran darah dalam kereta berwarna merah yang remuk...

Arwah bersama rakannya yang juga kurang upaya meninggal ditempat kejadian jam 130 pagi - 8hb Mei

Menurut adik ku Nora jenazahnya telah selamat dibuat post mortem dan akan dihantar ke Tawau jam 9 malam dan dijangka sampai ke Tawau jam 10 pagi esok..( Jumaat ) dan bekas MIL dan SIL aku yang ada di KL juga ada di HKL menguruskan jenazah...

AL-Fatehah buat Allahyarham Mohamad Zarul Zarin b Mayassin...moga rohnya tenang mengadapa Ilahi....

Tuesday, May 6, 2008

scrub ngan sabut ....boleh tak ???


Kali ni nak bebel ngan dia ni>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
next month nak konvo...tinggal lagi sebulan ...
Kan nak amik gambar masa konvo..mesti nak amik gambar yang paling macho...kulit yang bersih...
Tapi yang me nak bebel ni...
Me dah beli ber set set skincare untuk dia...tapiiii...mak aihhh...tak luak punnn...
Dah tu every week ada jerr plan gi mancen...balik mancen..mak aihhhhh...gelappppppppppppppp...mendunggg jerr kaler muka dia...
Hmmmmm.....setiap hari kena bebel...tapi dia buat dunno...rasa nak pelangkung jerr ngan kayu api!!

Monday, May 5, 2008

Next tugasan...hopefully kat KK...







Pagi tadi gi opis ..kononnya bolehlah berhoyea2 coz kerja dah nak capai tahap 90% kerja siap..huhhh sedey tul nengok report yang me tinggalkan last week untuk dorang semak n print...hampassss..apa pun dorang tak buat!! cehhhh....






Ilang mood nak pegi bekpas...nasib baik ada beli 2 kotak soya bean ngan sekeping coklat mengalas perut untuk buat kerja print lebih 60 set report....hmmmmm..






Jam 11 dah siap..packed semua fail..angkut bawak balik...






Next week nak balik HQ..submit report secepat yang mungkin..last week boss dah inform ada tugasan baru sedang menunggu...hmmmmm






Hopefully next tugasan dapat di KK....dah rindu banget ngan anak2...rindu nak piat tinger n penyett idungg dorang...
Memang terlalu rinduu nak gaduh2 manja ngan dorangg tu....






Sunday, May 4, 2008

HP.....hmmmmm




Rindu ngan my bb montel ni...juga rindu ngan si idung comot ni...


Ari ini cuma sekali jer dapat membebel ngan bb montel ni..alasannya hp nya low batt...hmmmmm


Bulan lalu dia nanes call me ..hp Nokia N70 nya lesap dikebas hantu syabu...


Hantu syabu kat kampung me mmg terrer bab mencuri hp ni..pantang leka tutup gate.. sure hantu syabu tu sekelip mata menyambar apa2 harta yang boleh ditukar uit untuk membeli syabu...


Katanya buat masa ni dia guna hp lama yang susah nak masuk caj...hmmmm....ntah betul ntah tidak..atau alasan terbaik untuk minta belikan set hp baru...



Tengoklah nanti kalau ada rezeki lebih maybe beli kan hp yang murah ...