Tuesday, July 29, 2008

aksi anak2

Ragam anak2 kami di majlis pernikahan - 26/7/08



Dalam pada me dan aj sesiap menunggu majlis akad nikah....anak2 kami punya aktiviti tersendiri bersama dengan auntie Nora n Uncle Zam dorang kat belakang umah..apa lagi kalau bukan pesta durian...






Yang kecik ni pula sibuk dengan tv kat dalam bilik...









Bila dah Tok kadhi datang ..anak gadis me dan sesiap dengan hp masing2 untuk merakamkan majlis akad nikah...
Petang kami balik ke Bayu Puteri...anak2 habiskan masa dengan berendamkan swimming pool pastu makan durian...esok harinya juga awal pagi dah berendam dan gasak lagi durian...
Tadi call dorang ...semuanya demamm...demam durian...

Thursday, July 17, 2008

Majlis Kesyukuran


Assalamualaikum w.b.k
Meeda dan AJ dengan segala hormatnya menjemput semua rakan-rakan untuk hadir menyerikan majlis kesyukuran sempena pernikahan kami pada 26 Julai 2008 , bertempat di Lot 6730, Jalan Permatang 5 , Kempas , Johor Baharu . Majlis bermula 12.00 tengahari hingga 2.00 petang.
Kehadiran rakan-rakan kami dahului dengan ucapan jutaan terimakasih.

Wednesday, July 9, 2008

Persiapann ...




hmmmm...cantiknyaa... kalau boleh nak buat benda tu jadi door gifts..

salamm kengkawannn...

Terlebih dulu KM nak minta maaf coz tak dapat nak lawat blog kengkawan seperti masa2 lalu...

KM bz ngan kerja kat site...sepanjang bulan lalu sibuk ngan report , exam dan tugas tugas khas kat Endau , Mersing , Batu Pahat , Rengit..Melaka...hmmmmm..letihh sesgt!!!...and now pula kat Megan Avenue Jalan Yap Kwan Seng...dah seminggu terperuk kat sini buat DDE...

Dalam sibuk dengan tugasan KM juga sesambil membuat persiapan untuk hari bahagia yang dijangka pada akhir Julai ni kat Kempas....

Setakatnya baju dah siap , door gifts pun dah tempah...urusan jemputan dah diserahkan pada famili AJ...dan KM ngan AJ dah pun siapkan semua dokumen yang diperlukan untuk majlis tu...tunggu nak submit jerr ni....hopefully leh submit this week or early next week...

Pada kengkawan semua..kami akan umumkan tarikh tu bila semua urusan di pejabat agama selesai...