Thursday, September 18, 2008

persiapan raya...part 3

Yeyyyyyyyyyyy.....akhirnya bigboss bagi greenlight for me bagitau semua boss2 kat wilayah untuk stop antar semua deraf by-laws mulai niari hingga minggu pertama oktober ni..semalam me sukses clearkan semua semakan deraf by-laws untuk bigboss tandatangan perakuan dan antar KL untuk kelulusan...

Sejak mula bertugas kat sini...deraf by-laws yang tebal setengah inci tu melambak2 atas meja untuk di semak satu persatu...meleleh air mata me nak siapkan ikut jadual...kalau boleh masuk tray in pagi ..terus jerr proses then antar bilik bigboss tengahari untuk tandatangan..petang me proses lagi sehingga siap then antar kat despatch ...tu lom termasuk layan phone call , layan client nak tanya itu ini bout legal matters....discussion ngan bigboss...mmg memenattkann!!!


Niari hingga friday bigboss ada meeting di HQ KL...dan phone call segala pun senyap jerr sejak pagi ni...maybe dorang pun dah mood raya kottt....hehehehe ....lega.....fuhhhhhh...bolehlah me gi berfoya-foya di Kota Raya tengahari ni....


Hasrat hati nak beli sepasang baju kurung...hopefully ada yang sesuai ngan my bajett...huhhhuhu ..not my bajett...tapi AJ nyer bajett.. ;))))

Kalau mood ' rajin' menjelma ..boleh lah topup jahit manik sendiri ;)))

Monday, September 15, 2008

Persiapan Raya 2..

Salam kengkawann...
Minggu ni agak bizi lagi nih...nampaknya ada byk perkara yang perlu diselesaikan sebelum me mula bercuti minggu depann..


Shasha akan pasti merindui me selama lebih 2 minggu...sure dia mencari2 me kat 3 bilik tu nak ajak me bergurau dan minta mamam... ;D..

Malam minggu lalu me marathon kukus 4 kek lapis untuk diagih2kan pada famili di sini..3 antar kat Bak dan Ummi..dan 1 biji untuk Danial & Danish...

Mulanya ikut resepi from mesra net..tapi me tatahan rasa yang agak maniss... so me godeh lagi resepi ikut citarasa sendiri tanpa menghilangkan keasliannya.. ..so rasanya dah ok..AJ kata ok..resepi boleh diterimapakai...;D..

1. 250 gm mentega / planta
2. 150 gm gula castor
3. 1- 2 sudu makan susu pekat
4. 1 sudu makan kaya
5. 5 biji telur
6. 1/2 bungkus biskut marie - diblender
7. 3-4 sudu makan tepung naik sendiri
8. pewarna hijau dan kuning
9. sedikit esen vanila
10. 10 bungkus Hawflake ( kat JB ni harganya 10 sen satu )..aritu me borong 1 bungkus besar isinya ada 100 bungkus.

cara-cara
mentega dan gula di pukul hingga kembang..pastu masukkan telur sebiji satu persatu dan pukul hingga kembang, masukkan esen vanila dan pukul hingga kembang...
masukkan tepung biskut marie sedikit sedikit dan gaul hingga sebati..tambahkan dgn tepung naik sendiri hingga aduan ni agak kental. Bahagikan kepada 2 adunan dan pastikan adunan untuk kaler kuning lebih sedikit dari kaler hijau.

Sediakan loyang ukuran 8 " x 8 " panaskan dulu di kukusan dan jangan lupa letak sedikit mentega di loyang untuk memastikan kek tak melekat . Bila loyang dan panas..mulakan dengan lapisan kaler kuning dan kukus selama 5 minit dan lepas tu lapiskan dengan hawflakes dan lapis lagi dengan kaler hijau...buat sehingga adunan abis...biasanya dengan ukuran adunan ni akan dapat 6 lapisan.



Jika berniat nak gunakan loyang yang besar..just tambahkan sekali ganda jumlah sukatan kat atas...selamat mencuba!!..
Nota :
Mok ( Momok ) : Yangg...try lah resepi yang me dah cuba ni..Insya Allah tetap menjadi .. ;D
Tata semua..pasni kena siapkan kerja...culaaaaa..

Wednesday, September 10, 2008

persediaan raya...

Hii kengkawann...hmmm lamanya tak update blog ni..sibuk kat ofis..sibuk kat umah..alhamdulillah minggu ni me dah hampir updatekan kerja2 yang tertunggak.... ;)))) so bolehlah buat new entry...

Ni dah 10 hari Ramadhan..maknanya kira2 10 hari lagi me dah mula bercuti dan balik KK..flight Airasia pada 21/9 jam 720 pagi...

Ni tahun walaupun me merantau jauh ke negeri AJ namun persiapan raya untuk kediaman di KK tetap di buat...pic kat atas tu adalah suasana umah me masa raya tahun lalu..hall kaler jingga...tahun ni dah plan nak tukar kaler...tapi lom ada idea ni..hall keluasan 19' x 27' ni memerlukan bajet agak besar kalau nak tukar kaler...

Anak suggest kaler light purple...hmmmm...me pula nak combination kaler yg sweet..ni lom tanya AJ....tatau apa pula suggestion dia ;D

Langsir pun nak tukar baru...hmmmm...cuma lom decide nak beli yg jenis berbunga2 , plain or yg bersulam tu...( tgh kira bajet ni )

Kuih raya kat sini agak murah..so me decide nak beli aja yang dah siap...mudah dan tak penatt.. ;D

Baju me dah beli kat Angsana..beli ready made jerr..beli sepasang cukup..anak2 dara dah dibelikan masa me masih kat KL ...3 pasang sorang..bulan lalu dan bagi dorang duit belanja for raya...balik ni nak kena check apa dorang beli..

Untuk anak2 di sini..Danial, Danish dan Farid me dan AJ dah sopping ngan dorang 2 minggu lalu...lom complete lagi..this week maybe nak ajak dorang gi ronda2 soppin..

Persiapan kat umah sini pun dah buat sikit2...AJ dah cat semula hampir keseluruhan rumah tu..dia cat kaler off white ngan combination purple n green...hmmmm...penat sesgt mengemas umah yang sepah oleh AJ...

Nanti petang nak minta AJ snap a few pics untuk buat new entry kat blog dia..hp dia dah pulih selepas diservis dengan bayaran RM 140.00....

Pada kengkawan semua...selamat membuat persiapan raya....
Powered By Blogger